nota kaki.

i start writing a new piece. but in english which i'm not so good at it so bear it with me okay?

appreciate your comments.

Friday, 3 May 2013

star 1



‘when I see moon and stars, I see you’

6 years ago

Kerusi ditarik, dia duduk perlahan-lahan. Fathiya memandang dalam k earah meja di hadapannya. Iz, Izham Haikal empunya meja. Tuannya nyenyak dibuai mimpi. Nice view.fair skin ,eyebrows.pipi sendiri ditepuk, hati bermonolog ‘ tak reti nak jaga mata eh?’ 

‘hoit anak dara. Apa yang kau tenung ,sampai aku pangggil berkali-kali kau tak dengar ha?’

 soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut Amyra mematikan angan-angan siang hari sang puteri. Fathiya masih di awangan, berfikir sejenak. Eh , kepala ditoleh 180 darjah sambil tersengih.

‘baca addmath.esok kan ada test. Aku taknak lingkup’ cover malu. Muka blush macam udang kena panggang. Amyra  yang merupakan classmate merangkap dormmate  mengangkat kening tanda tidak puas hati.

‘agak2 la ko semangat nak study. Takkan addmath pun baca kot’

 bertambah blur muka si Amyra.

‘maksud..aku..buat latihan la..apa lagi? Aku tengah concentrate . shu shu..’  

 mata dihala ke muka surat 60,61, 62,  muka diangkat perlahan-lahan. Orang meja depan sudah menghilang.  Okay bye distraction, hi disaster additional math.

Fathiya senyum sendiri .Itu cerita zaman kanak-kanak ribena. Buku Fluid Mechanics di hadapan di tenung dalam.  Dia menggeleng sendiri, tidak sangka kakinya menjejak fakulti ini. Fakulti yang tidak pernah terlintas difikirannya, fakulti kejuruteraan di sebuah universiti di pinggir ibu kota Malaysia.
Benci dia pada matematik tambahan tidak ada tolak bandingnya. Bila dormmate-nya  bertanya

‘tya, kalau ada satu subjek kau boleh buang dari list subjects for SPM , subject mana kau pilih’ 

‘of course la add math. Ya Allah, sumpah. Aku tak boleh la wehhhhh’

Tu cerita lama. Sekarang matematik tu makanan harian. Harian . routine. Sebenarnya dia sedang menunggu berita dari teman-teman rapatnya tentang percutian mereka ke Korea untuk semester break tahun dua mereka. 15 minutes gone, where are my girls? Muka dialih pada buku teks kedua , differential equations. Huuu dua minggu lagi final exam. Then we are so gonna go to land of my dream. Say hi to seoul! Kahkah gelak keji dalam hati. 

tbc....

p/s : don't expect much. just writing sbb i feel sangat stress lately and i need to throw it at paper. hihi


No comments:

Post a Comment