nota kaki.

i start writing a new piece. but in english which i'm not so good at it so bear it with me okay?

appreciate your comments.

Saturday, 18 May 2013

star 9



Kafe kecil di hujung blok itu sunyi sepi. Asap dari kopi yang dipesan menghangatkan suasana di antara dua manusia yang masih sepi sejak lima minit yang lalu.

‘Ladies first’

Haze mengenggam jari-jemari. I need to say this. Need to.

‘erm. Actually saya.macam saya cakap haritu. I really like you. Saya rasa mesti awak dah banyak dengar pasal saya. Saya akui.itu memang saya. But I’m ready to change, for you.’

Mata Haze sudah berkaca. Panggil sahaja dia apa pun, perempuan tak tahu malu? Perempuan murahan? Dia tidak kisah.yang dia tahu, lelaki di hadapannya sudah mengubah persepsi dia tentang hati dan perasaan.tak pernah dia menunduk sebegini, meminta.

Izham menghirup kopi yang dipesan perlahan-lahan. Dia buntu sebenarnya tapi dia juga harus berterus-terang. Muka  diangkat  sedikit, langit sudah mulai mendung. Semendung hati Haze di hadapannya mungkin.

Haze, gominasai. Saya memang tak ada langsung perasaan kat awak.? Kejam sangat ke kalau dia cakap macam tu. Macam dia cakap pada Fathiya dulu. Kepalanya menyusun ayat. Proper sentences please.

‘Haze. Saya happy kalau awak nak berubah.tapi awak jangan berubah sebab saya, berubahlah sebab Dia yang memegang hati kita. Saya taknak awak kecewa sebab saya tak  dapat nak bagi apa yang awak nak. saya pasti ada lelaki yang sesuai untuk awak. But I’m sure orang tu bukan saya.Sorry’

'awak tolak sebab saya tak baik macam orang lain kan?' Haze mengigit pinggir bibir menahan air mata daripada mencurah keluar.

' no. jangan sesekali fikir macam tu.awak baik dipandangan mata saya. awak tak pernah buat benda tak elok pada saya.saya respect awak punya decision untuk berterus-terang. saya ada sebab lain. bukan sebab awak, itu saya pasti'


Izham mengeluh perlahan.Belum pernah dia berbicara sepanjang itu sebelum ini.  Haze sudah menunduk menekup muka. Izham mengeluarkan Anthem dari beg sandangnya. Dia baru sahaja menghabiskan pembacaanya ketika dalam perjalanan ke bandar tadi.

‘here. Take it as a gift from a friend to a friend. Take care.bye.’

 Izham meninggalkan Haze. Dia tahu gadis itu memerlukan masa untuk mencerna apa yang diperkatannya tadi. May Allah bless you Haze. Izham mempercepatkan langkahnya ke stesen kereta api terdekat.

Haze menangis semahunya. Lelaki yang disangka matahari yang bakal menyinari hidupnya itu sudah hilang dari pandangannya.Ya Allah, aku lemah. Hati kecilnya berbisik.


Fathiya senyum segaris. Dipandang gadis- gadis di dalam bulatan gembiranya satu persatu. Kak Maisarah,W,GG, Al ,Alia dan ahli ‘keluarga’ baru mereka, Fatihah, si kecil molek, pelajar kejuruteraan mekatronik.

Alia membuka bulatan mereka dengan serangkap kata.

‘ ilmu itu cahaya. Dan cahaya itu tidak akan diperoleh oleh orang yang berbuat maksiat- imam Shafie.’

Kak Maisarah senyum.

‘haritu akak ada tengok satu video Prof Tariq Ramadhan. Korang kenal kan’

‘tak pun’ Fatihah yang paling kecil di antara mereka merengek.

‘tak apa. Nanti boleh google. Macam ni, akak petik kata-kata dia .don’t worship knowledge. Use it to worship Allah better.’ Kita ni belajar apa tujuan kita?’ kak maisarah cuba membuka diskusi.

‘untuk dapat ilmu?’ GG menjawab dengan soalan.

‘betul. Yang lain?’

‘untuk dapat ilmu. Untuk pastikan kita tak sesat’ Al mencuba..

‘. Kita ni tak kisah la belajar apa, medic ke engine ke, kena ingat. Kita bukan betuhankan ilmu kita, tapi kita perlu guna ilmu yang kita ada untuk mendekatkan diri kita kepada pencipta kita.’ W yang senyap dari mula tadi memberi pendangan.

‘ tu dia ustazah kitaaa’ Fathiya menyakat mengundang ketawa kecil dari bulatan gembira itu.

‘betul tu Wan. Kalau ada ilmu, tapi tak guna,rugilah kita.kan?’

Ayat terakhir dari naqibahnya mengetuk hati Fathiya. Ada ilmu,tapi tak guna, rugi…… dia tahu, tapi tak buat. Erm. Dia banyak baca artikel sana sini tentang bagaimana untuk mengubat kecewa. Dia tahu cara yang paling baik adalah pulang pada Dia. Tapi dia masih tenggelam dengan rasa. Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu yang alpa ini.




No comments:

Post a Comment