nota kaki.

i start writing a new piece. but in english which i'm not so good at it so bear it with me okay?

appreciate your comments.

Friday, 10 May 2013

star 5.



Soft board  dipandang bagai nak tembus. poskad tanpa nama pengirim itu ditenung.

      'all da best, gambatte! i'm sure Japan will take care of you.'

Secret admire? haha.entahla, poskad itu berada di atas meja sebelum dia berangkat ke Jepun. Apabila ditanya ahli keluarganya, semuanya tidak ketahuan siapa pengirimnya. Menurut ibu, ada dalam peti surat. pelik. Dia bawa poskad itu ke Jepun sebagai penguat semangat. rasa macam lebih je semangat bila pandang kata-kata semangat tu.


 teet.teet. Iphone di atas katil di pandang. one message received from Amir. butang unlock ditolak perlahan.

             "bro, amacam petang nanti? jadi kan ke Shakuji?" Amir ,adik usrahnya, pelajar Tahun satu juga menuntut di University Tokyo.

              "in sha Allah.  Mata atode aimashou! jumpa di Oji Station, lepas zohor."

Itu rutin mingguannya, bertemu adik usrah. Biasanya di sekitar Tokyo, di rumah sewanya, atau kadang-kadang ke daerah lain.

bunyi riuh dari dapur, sudip bertemu kuali agaknya. mesti  rakan serumahnya yang sedang giat memasak. Lelaki pun mesti tahu memasak, apatah lagi menumpang di negara orang. kaki melangkah keluar dari bilik, senyuman diberikan pada Aizat  dan Hafiz. Aizat, anak sabah, sekilas pandang mesti tersilap tafsir dia orang jepun. rambut panjang ke bahu.

               "apam.kau masak ape? dari jauh macam nak runtuh dapur ni"

 aku gelak sakan. Apam adalah Hafiz. Hafiz adalah apam. kenapa panggil apam? sebab dia sangat gilakan apam balik.

          "hoi.kau banyak cakap. Chef Aizat sedang memasak resepi rahsia dari Sabah ni.'  Apam membalas sambil jari menuding ke arah Aizat yang sedang fokus pada nasi goreng.

Harini breakfast nasi goreng  hasil air tangan Chef Aizat dan Chef Apam. kami ada jadual memasak. sepatutnya ada seorang lagi yang tinggal bersama kami. Tapi orang dah kahwin bulan lepas, mesti la nak berkepit dengan isteri. Abang Rizal pelajar tahun akhir merangkap senior kami sudah berpindah di kejiranan sebelah selepas berkahwin dengan pilihan hati. eceh, tinggallah kami bujang lapuk kat rumah sewa buruk ni.

       'btw, guys. Bro rizal ajak dinner kat rumah dia esok' suara Apam memecah sunyi di ruang tamu. Aizat mengangkat muka dari buku 'Never Let You Go'  dan mengganguk.

       esok malam? free je. orang nak bagi free dinner? lagi okay.

      ' aku on je' mata di alih kembali pada televisyen di hadapan.


Tali sneaker putih hitam kesayangan dibetulkan. Izham memandang manusia yang lalu-lalang di Oji Station. Mencari-cari bayang adik usrahnya. Sempena menyambut kedatangan musim luruh, dia merancang untuk membawa 'adik-adik'nya ke Shakuji river. Salah satu tempat popular untuk melihat bunga sakura.

 ' assalamualaikum ya akhiiiii' serentak empat 'kanak-kanak' di hadapannya memberi salam. Izham senyum segaris menampakkan lesung pipit. Dia menahan ketawa melihat anak buahnya. macam-macam la budak-budak ni.

          'so, here we go. ' satu tempat strategik di bawak pokok sakura dipilih. bulatan di bentuk. Izham memandang satu persatu wajah-wajah manis dihadapannya, Hanif, Akmal, Adam dan Amir.

          " so, Amir.boleh la start, tadi macam ada cerita gempak je.' aku menyakat Amir. Amir paling kecil diantara mereka. 19 tahun.

Dimulakan dengan salam. Amir membuka bicara.perbincangan tentang isu palestin terus hangat.setiap minggu, mereka duduk bersama, berkongsi ilmu. 1 jam lebih terasa terisi, Alhamdulillah, menetap di bumi orang tidak menghalang kami menuntut ilmu agama.


       'bro,kami berangkat dulu eh. bro jalan-jalan la sepanjang sungai ni, mana tau jumpa jodoh' Adam tak habis-habis menyakat. rupa-rupanya, mereka ada perbincangan kumpulan malam ni. erm, nampaknya terpaksa menjadi 'lone ranger' petang ini.


 arghh.tiga puluh minit berlalu. akhirnya, mereka sampai di Oji station. hampir sahaja mereka tersalah station tadi. Fathiya, W, GG dan Alia mencari kelibat Al. mana pulak minah ni. tiba-tiba menghilang.Harini mereka belajar berdikari di bumi Tokyo, haa. Kak Yat dan kak Aisyah tidak dapat menemani kami disebabkan hal sekolah yang tak dapat dielakkan.

'girlsss' kedengaran suara Al. amboih cepatnya dia. dia sudah jauh di hadapan, kami tergelak sendiri. kaki melangkah menuju ke Shakuji river route. Menurut google , 'Shakuji-gawa cherry blossom walk' ni panjangnya 16 kilometer. haaaaaa, panjangnya. sepanjang sungai ni, bolehla tengok bunga sakura. apa lagi? snap la gambar selagi kamera mampu bertahan.


'Allah.cantiknya' mata disaji dengan pemandangan yang sangat indah. finally, got to see cherry blossom! lagu NYC-haina terbayang-bayang di mata. aih, kan bagus kalau Chinen muncul kat sini. fathiya, stop dreaming please.teman-temannya sudah jauh dihadapan, sengaja dia memperlahankan langkah supaya dia dapat menikmati petang yang indah itu.

Shakuji-gawa cherry blossom walk.

satu. dua, tiga ,empat. lima saat. kakinya kaku. i'm dreaming. Fathiya, you're totally being delusional. wajah diangkat perlahan, jejaka  di hadapannya turut kaku. he's real.

          ' hi' jejaka berbaju oren menegur. Fathiya masih kaku.

          'Fathiya?' panggilan itu membuat dia kembali kedunia nyata. he remember me. awkward? malu. mix feeling. ya Allah kenapa dia muncul kat sini? .

          'erm. izham. kau buat apa kat sini?' dia sendiri terkejut dengan soalannya. Fathiya, what are you doing?

            'berjalan-jalan. bukan ke i'm the one who supposed to ask you the question?' Izham senyum lagi. stop doing that man, you're trying to kill me.

            'travel? uh. dengan kawan-kawan. so, macam mana study?' dam Tya, kau buat-buat mesra pulak. apakah ini? dia menepuk dahi tanpa sedar. aku sepatutnya lari sekarang.

            'alhamdulillah okay la setakat ni.kau? '  wajah gadis bertudung biru dihadapannya dipandang sekilas. still the same Fathiya.

'saya suka awak' ayat keramat dua tahun dulu masih bermain-main di kepala bagai video yang diletakkan dalam repeat mode.does she still feel the same? i hope no.


              'okay, aku pergi dulu.' sebelum aku pengsan, baik aku lari. lari dari mamat tanpa perasaan ini.

              'bye Izham. nice to meet you here' senyum cuba ditarik.

              'bye.'


Pertemuannya dengan Izham menjadi rahsia. namun rakan-rakannya seperti dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena pada Fathiya. semenjak pulang dari Shakuji, Fathiya senyap sendiri. Apabila ditanya, dijawabnya penat berjalan.

Sushi roll disuap perlahan-lahan. peristiwa dua tahun lalu bermain di mata.


‘ iz. Check your email’ 


Message dari kawan sekolah menengah dibaca hambar. Apakah? Nantilah.  Soalan-soalan algebra di hadapan ditenung, pensel diangkat. Laju je tangannya menulis satu persatu.  Differentiate. 

Integrate.Selepas hampir dua jam. Done, Alhamdulillah. Jari-jemari dirapatkan. Prap! Erm lega.

Laptop dibuka. Check email.


6 unread email. Satu, dua ,tiga tak penting. Mata jatuh pada address email keempat.




Ni kut email Fathiya tadi.Erm satu-satu perkataan dibaca. Erm panjang. Di ulang lagi, susah benar otaknya nak menerima apa yang terpampang di skrin.ayat last tu je , dia sangat faham.
 

Saya suka kat awak. Saya sanggup tunggu. 


Ya Allah, macam mana nak jawab?  sungguh dia buntu. Tunggu? No please don’t wait.No,study plus stuff called relationship is just a big no for me.  Nehee. Andwae! 

Butang reply ditekan. Kotak mesej masih kosong. Taip, backspace. Berulang kali. Berulang-ulang kali. Dia memang tak reti nak susun ayat. Dia bukan mamat kasanova jual ayat manis tepi jalan. Dia mamat cool hearted, hati kering. but to hurt a girl’s feeling is a never . Sebab dia pun tak nak orang sakitkan hati kakak dan ibu dia. The dearest two ladies in his life.


‘sorry.i guess being friends is the best for us’

Replied.

Izham mengeluh perlahan. two years. is she still the same old girl? persoalannya terus bermain di minda.

Fathiya memandang keluar tingkap.

'Izham,may Allah bless you'




p/s : Mata atode aimashou- see you later.

okay star 4 and 5 for you. will be updating after semua exam and semua urusan habis la kot. jangan tunggu tau.thanks for reading sweethearts.your comment are higlhy appreciated.



No comments:

Post a Comment