nota kaki.

i start writing a new piece. but in english which i'm not so good at it so bear it with me okay?

appreciate your comments.

Tuesday, 21 May 2013

star 10.

time zone +9 GMT, Tokyo,Jepun.
'Have you ever met someone 
And they’re so fucking perfect in every way.
And maybe they aren’t perfect to everybody, but to you they’re just absolutely amazing.
The way they laugh and smile and talk and think and look and just everything about them and everything they do just keeps amazing you.'


scroll down the page. setiap ayat dibaca laju. erm jiwangnya pemilik blog ni. ape kejadah la dia baca semua benda ni. ni semua gara-gara Apam yang beria-ria nak suruh dia view blog ni.Apam tu kemaruk bercinta ke hape entah.scroll lagi,to next page. hati bekunya tersentap  melihat satu post yang terpapar.


'you have no idea how much i care bout you. '

'i don't..' 

Perbualan terakhir di yahoo messanger tiga tahun lalu kembali muncul di fikiran Izham. am i that bad?   Dia memang tak tahu how to handle soal hati dan perasaan. Patutlah kawan-kawannya memanggilnya mamat hati kering.Semalam kakaknya ada menelefon , bertanya khabar.

'Adik,makwe sihat?' Iman dihujung talian gelak sakan.

'kakak. adik mana ada makwe la'  kalau dengar dek kawan-kawannya dia membahasakan dirinya adik, setahun tak habis la dia bakal diperli.

'okayla. so how bout that girl?'

'yang mana satu?'

'amboih.sejak bila banyak girl pulak ni. adik ada sorok something ke?'

' haaa. mana ada. girl yang dulu tu eh?'

'erm.yes, u already tell sorry to her?'

'buat apa nak cakap sorry.not my fault pun'

'ya Allah budak ni. memangla bukan salah adik, tapi bukan salah dia jugak. people fall in love without planning ,little baby. ingat tu. and somehow i don't like the way you reject her .that was too harsh, baby boy'

'tapi benda tu dah lama kak.and stop calling me baby, i'm all grown up , handsome man now' Izham merengek.

'siapa suruh adik baru cerita kat akak. suka sangat buat keras hati tak ada perasaan macam tu'


 Tetingkap yahoo! messenger dibuka. 5 friends online .yes, Princess_FF pun ada. Tak pernah dia menegur perempuan itu sejak peristiwa tahun lalu.


iz_kamen : salam

seminit, dua, tiga ,empat

5.30 pm. time zone +8 GMT, kuala Lumpur, Malaysia.

 Fathiya baru sahaja ingin melangkah keluar ke bilik sebelah, tet tet! bunyi daripada komputer ribanya menghentikan langkah. erm siapa pulak ni ? matanya mengecil membaca ID yahoo  yang menegurnya. Iz? mimpi ke budak ni? balas ke? tak ke? erm. haaaa buat macam biasa Fathiya. he's just your past.

princess_FF : wasalam.

Izham menggaru kepala. macam mana nak mula ni. i need to say sorry. bengong la kau ni, dah bertahun baru sedar buat salah. ..

 iz_kamen : sumimasen?

sumimasen? sorry?

princess_FF : untuk apa?

iz_kamen : dua tahun lepas. i'm really sorry.

 Fathiya memandang skrin macam nak tembus. hal lama jangan dikenang Iz. membuka luka lama je. handle with care ,Fathiya.Jangan beremosi. Bukan salah dia pun. Salah kau yang bertepuk sebelah tangan. Memang la tak berbunyi.


princess_FF :  no need to feel sorry Izham. dah lama dah perkara tu. okay ,have a lot of work to do.  Assalamualaikum :)

iz_kamen :okay. waalaikumussalam.

Izham mengeluh perlahan, dapat dirasakan Fathiya tidak bersungguh dengan apa yang diucapkan. Mungkinkah Fathiya masih lagi menyimpan rasa? erm.Hanya Dia yang di atas sahaja yang tau. Tapi dua tahun bagi dia cukup untuk orang berubah, apatah lagi hati manusia yang rapuh itu.

 Fathiya terduduk di kerusi itu lama sehingga dia sedar Ai memanggilnya.

"Tyaaaaaaaaaaaaaa!'

"erm.i'm coming.kejap"   perbualan dengan Iz tadi sudah tenggelam jauh, dia sudah melepaskan semuannya pergi.Dia, Fathiya sudah pasrah dengan takdir.


Pandangannya meliar pada gerai-gerai makanan di sepanjang jalan itu. bazar ramadhan ! heaven! hihi. Alia sudah ke depan, gerai Ayam Uncle Bob sudah pasti menjadi pilihannya. walaupun terpaksa beratur panjang, dia sanggup. Sama sahaja dengan jiran sebelah biliknya Adawiyah. hantu ayam ! dia pun suka, tapi untuk beratur panjang, oh dia tak sanggup.

Kuih-muih melayu sudah singgah di matanya. erm kuih belimbing. Dia sedar ada lelaki yang berdiri agak dekat dengannya. Dia mengesot sedikit ke tepi. bump!

'sorry' cepat sahaja perkataan itu keluar dari mulutnya.  

'takpe.' Lelaki itu mempamerkan senyuman. auch! don't smile like that boy, every girls gonna fall for you.

'sorry again'  


GG sudah mengambil tempat disebelahku di ruang tamu. Kami sengaja makan bersila di bawah memandangkan meja makan yang kecil itu tidak menampung kami berlapan.

'mamat yang kau langgar tadi tu handsome. tak berkenan?'

aku pandang GG sambil mengangkat kening.

'nothing to do with me pun kalau dia handsome ke idak. kan girls?'

'tula Sun of SOE?'

'iye?  not interested at all' Aku sengih mengejek pada GG. 

'okay dah nak azan.concentrate, concentrate people' suara Alia dari dapur menghentikan perbualan kami.

Doa berbuka puasa dibaca, Alhamdulillah, bertambah satu hari menunaikan rukun Islam yang ketiga.



2 comments: