nota kaki.

i start writing a new piece. but in english which i'm not so good at it so bear it with me okay?

appreciate your comments.

Sunday, 12 May 2013

star 6

   ‘bro, macam mana kita nak tau that someone is our soulmate. Macam bro dengan kak izzah?’

Soalan Izham pada Bro Rizal menarik perhatian  rakan serumahnya.semua memandangnya dengan sengih kerang.

‘tanya pada Dia yang memegang hati kita’ sebaris ayat abang Rizal membuat Izham tertanya-tanya.

           ‘kenapa dah ada yang berkenan ke?’ kak Izzah yang baru menjenguk ke ruang tamu dari dapur menatang dulang berisi buah-buahan sebagai pencuci mulut.

          ‘erm. Saja tanya.’ Izham sengih malas.

          ‘huih tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba je. Kau jumpa siapa semalam ha kat sakura walk tu’

Apam menebak hati Izham yang sememangnya kering itu. Tidak pernah sepanjang mereka berkawan Izham bercakap soal hati seperti hari ini. Pelik.

‘haha. Mana ada, aku cuma tanya je.’ Izham sengih hambar cuba mengalih topik.

‘kalau ada tu, jangan lama-lama, nanti dikebas orang’ tambah Aizat mengundang ketawa yang lain.

Akhir bulan ni, pengajiannya di Tokyo sudah mencecah dua tahun,berbaki lagi dua tahun. Tadi, dalam perjalanannya pulang ke rumah sewa, Aizat dan Apam membuka bicara soal masa depan. Kahwin? Keluarga? Kerja. Erm  dua minggu lepas, ibu ada menelefon bertanyakan khabar, ada satu soalan yang menggangu fikirannya.

‘adik tak ada calon lagi ke?  Ke nak ibu carikan’

Walaupun ibunya tanya dari nada bergurau, dia tetap memikirkan soal itu. Dia sesungguhnya memang tidak memikirkan soal nikah kahwin buat masa ini. Baginya, pelajarannya adalah fokus utamanya dan bercinta itu belum masanya lagi. Salah satu sebab kenapa dia sedikit dingin dengan perempuan. Namun peristiwa dua tahun lepas masih menghantui hati keringnya itu. Fathiya, perempuan itu seolah-olah sudah berjaya menembusi hati keringnya. Tapi dia buntu.
 Kenapa dan mengapa? Adakah itu hanyalah simpati . ahhh biarkan sahaja  rasa itu berlalu pergi.

Alia memandang Fathiya dari jauh. Angin malam Tokyo itu mengibas selendangnya. Kawan baiknya itu senang menyendiri sejak dari semalam.

          ‘tya tu okay ke?’ Al memulakan bicara.

           ‘entahla. I hope so’ GG membalas. Ai cuma mengangguk. Mereka berempat berjalan ke arah Fathiya.

Dah dua minggu mereka pulang dari Jepun. Pertemuannya dengan Izham di Shijuku meyakinkan lagi keputusan yang dia bakal buat. Lepaskan dia pergi. Hatinya sudah tawar.

‘once I thought you’re my happy ever after, but now I realized, you’re just my once upon a time’

Baris-baris itu ditulis dalam diarinya. Buku tebal berwarna oren itu ditutup dan dibawa ke bakul sampah. Selamat tinggal awak. You deserve better partner. Air mata mengalir laju namun mulutnya ditekup rapat, khuatir Ai terdengar esakan daripada biliknya.

Izham melangkah laju. Dia terlambat ke kelas. 5 minutes to go. Sensei Akano memang terkenal dengan disiplinnya. Silap hari bulan, dia tidak dapat masuk ke kelas Calculus itu. Orang kelilingnya sudah tidak diendahkan. Bappp! Kertas bertebaran di hadapannya. Dia menunduk mencapai kerta-kertas tersebut. Dia mendongak ingin melihat empunya kertas. Erm Malaysian? Nevermind. Kertas itu disorong pada pemilik tudung coklat dan dia berlalu secepat mungkin.

Hazirah masih terpingga-pingga. Cepatnya dia. Tak sempat nak cakap terima kasih pun.
Izham terus mengambil tempat duduk di sebelah Nanba. Huuuuh. Nasib la sempat. Elok sahaja dia duduk, Sensei-nya terus masuk.

‘izumi, budak perempuan itu asyik tengok awak.’ Nanba berkata sambil jarinya menunjuk ke arah meja dua di hadapannya.

‘ ish. Mengarut je’ Izham mengeluh perlahan. Entah sape la si Nanba ni, entah-entah budak tu tengok dia.

Hazirah masih lagi mencuri pandang pada jejaka dua meja di hadapannya, namun dia tertunduk  malu apabila dia perasan teman si jejaka dapat menangkap pandangnya. Terus di ajak Amira berlalu pergi dari kafe.

‘kau ni kenapa? Tetibe je.’

‘takde pape. Jom balik’ he caught my eyes.


p/s ; err. update lagi? seriously bila stress.i find myself writing all this. erm with those driving class stress , argh. btw, thanks for reading. and to hazirah  halid, here my gift for you. this hazirah is totally differ from you.

2 comments:

  1. /silent reader alert/

    heheehehhehe thah I just had to. Liking this a loooooooot T-T pls continue writing T-T

    ReplyDelete
  2. haha. never thought you could read this dot.thanks btw.malu la kite.

    ReplyDelete