nota kaki.

i start writing a new piece. but in english which i'm not so good at it so bear it with me okay?

appreciate your comments.

Monday, 3 June 2013

star 13



Gelas berisi jus oren itu sudah mendarat di atas meja jepun. satu lagi gelas di tangan kanan dihulur pada Qalish.Izham memandang Qalish yang duduk bertentangan dengannya.

‘Iz, aku nak propose Al. kau rasa dia terima tak?’

‘oh. Akhirnya, aku ingat kau nak jadi kawan dia selamanya’

‘ bro. aku ada hati dan perasaan la. Bukan macam kau’ Qalish gelak sakan.

‘ fine. Pergila kahwin. Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah ni’ Izham buat muka kesian.

Kalau Qalish, si  arkitek bermata sepet sudah tiada, rumah ni bakal dihuni sepenuhnya oleh dia. Seorang diri. Lonely gila. Kalau ada Qalish, ada jugak geng nak main game. Nak tengok bola. Nak bertumbuk bertinju.

‘aku baru cakap nak propose. Jangan risau housemate-ku sayang. Aku tidak akan melupakanmu’

Izham buat muka ‘ geli la kau. ‘

‘ish. Simpan la kata-kata manis kau untuk Al.’


Suara pakcik MLTR sudah bergema dari dalam bilik tidur Izham. Qalish pandang budak dihadapannya, mimpi siang hari ke budak ni. Phone berbunyi pun buat bodoh je.

‘Am, phone kau’ menyedarkan Izham dari mimpi siangnya.

‘ha? Phone? Okay-okay?’ dia sudah memulakan larian pecutnya.

Satu nama terpapar di skrin Iphone-nya. Ibu.yeay! ibu call. Eh ibu call, maknanya dah lama la dia tak call Ibu. Anak bertuah.

‘Assalamualaikum ibuku sayang’

‘waalaikumussalam. Adik ni,busy sangat ke, sampai dah dua minggu tak call ibu langsung’ Izham senyum. Ibu ni, main kira-kira hari pulak.

‘erm. Macam biasa la bu. Kerja kat pejabat tu mana pernah habis.ibu nak dengar cerita hot tak?’

‘cerita apa yang panas sangat? Adik nak kahwin ke. Alhamdulillah’ ibu ni tak habis-habis dengan ‘ adik bila nak kahwin?.

‘ pandai la ibu teka. Tapi yang nak kahwin tu bukan adik..’

‘takkan ayah kot. Nak kena kejar dengan ibu kalau ayah buat perangai macam tu’ Ibu sudah ketawa besar dihujung talian. Terdengar suara-suara di belakang juga turut tergelak. Mesti ibunya mengaktifkan loudspeaker.

‘Qalish yang nak kahwin.’

‘hoih adik. Qal yang pemalu tu pun tahu cari calon. Adik jangan buat keras hati sangat’ Suara kakaknya,Iman mengejutkan gegendang telingnya. Dijauhkan sedikit telefon dari telinganya.

‘ hey kakak tua. Takyah la menjerit. Satgi pekak la orang. Tak kesian ke kat orang ha. Dahla satgi kena tinggal sorang-sorang’

‘ kalau tak nak duduk sorang diri. Kahwinlah dik oi’ suara ayahnya pula menyapa pendengarannya.

‘ish. Tak suka la camni. Semua bersatu nak kalahkan adik’ Dia sudah masuk mood anak manja dia.

‘ala-ala adik sayang. Jangan la merajuk. Buruk bebenor lelaki merajuk’

‘adik, kami nak keluar makan ni. Kak Iman belanja’

‘see. Time adik tak ada kat rumah hishh. Okay la. Assalamualaikum. Kirim salam kat Raihan,ikhlas dari uncle yang handsome.’

 Butang end call ditekan. Ibu, ayah, Kak Iman, Abang Firdaus, dan si kecil molek Raihan. Hoh. Dia rindu semuanya.

Fathiya khusyuk menghadap  monitor. Report mingguan yang harus dihantar esok baru sahaja ditulis separuh muka surat. Digaru-garu kepala yang tidak gatal. Apa lagi yang dia nak tulis? Sudah dua minggu, dia menjadi junior engineer di Ai Tech. Banyak benda baru dia belajar. Tak ada kerja yang mudah kat dunia ni. Semua memerlukan usaha. Semua orang baik je dekat tempat dia bekerja tu, kecuali mamat meja sebelah tu. Haih, entah kenapa la, semua benda yang mamat buat dia rasa irritating.

Takkan dia jadi geram sebab budak tu reject dia dulu kot. Childish gila.Deep in her heart, Allah je yang tahu. Peristiwa petang tadi bermain-main di mata bagai tayangan ulangan iklan.

‘Tya. Takkan ni pun tak tahu. Basic kot’ Suara Izham meningggi. Menunjukkan pada butir-butir projek baru. Dia salah type sikit je kot.

‘sorry. Aku tertypo’

 Mama. Tya tak suka dia marah-marah
.
‘Am. Don’t be so harsh la. Ajar la dia.dia kan budak baru.’

 Bro Azhar menegur. Auch, mesti bro Azhar dengar Izham tengking dia tadi. Kalau tidak masakan Bro Azhar keluar dari pejabatnya. Nasibla, tiada orang lain disitu. Sayang brother Azhar. HAHA.
Izham.you! I hate you! kau pun start dulu mesti camni jugak kan? . hatinya berdesis lagi. Kentang goreng di atas meja kerjanya itu dipandang rakus. I will eat you!

2 comments: